PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (GRED U29)
Assalamualaikum dan Hai warga blog ! Syukur Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk menulis dalam blog ini setelah pelbagai liku-liku kehidupan dihadapi dalam era pandemik covid 19.
Berbalik kepada sesi temuduga, sebelum aku menghadiri temuduga tersebut aku telah melakukan beberapa kajian dan menelaah beberapa perkara berkaitan dengan bidang yang bakal aku lalui. Aku ingat lagi ketika itu, aku betul-betul gigih mencari maklumat berkaitan PPKP dan segala info mengenai latar belakang Majlis Daerah Dabong. Lagi bersemangat apabila aku mengetahui daerah dabong itu sendiri mempunyai banyak keunikan dan berada jauh dari pengetahuan umum orang ramai. Actually masa tu, aku berharap sangat dapat kerja di sana kerana aku dapat rasakan jiwa aku memang dekat dengan persekitaran yang tenang ada di sana, tak sibuk dengan bunyi kenderaan dan berada dalam kawasan terpencil. Namun, Allah menidakkan rezeki aku disana dan alhamdulillah ianya memberikan aku satu pengalaman yang amat berharga.
Dari segi persiapan untuk menjalani temduga, perkara yang penting untuk aku adalah ilmu pengetahuan. Jadi bagi aku walau apa pon jenis pekerjaan yang dimohon. Aku mohon korang buat sedikit nota berkaitan dengan bidang pekerjaan korang. Kemudian, banyakkan berlatih sendiri secara berulang. Dalam sesi temuduga, aku amat bersyukur kerana panel penemuduga amat membantu dan tak memberi apa-apa tekanan untuk aku menjawab soalan yang diberi. ini beberapa soalan yang dikemukakan oleh panel.
Q1. Perkenalkan diri anda. Soalan umum dalam temuduga tapi jgn smpai meleret. Apa yang aku belajar part ini, kita kena fokuskan mengenai latar pendidikan kita dan pencapaian yg kita ada sepanjang umur. Part ni ak byk mengelak untuk cerita mengenai lepasan ijazah.
Q2. Awal-awal dah kena attack, kami sebenarnya tidak boleh mengambil anda sebagai pegawai di daerah ini kerana anda seorang individu yang mempunyai ijazah pendidikan. Ada bantahan?
Q3. Kamu dilatih menjadi seorang guru, jawatan ini tak sesuai dgn kebolehan yg kamu ada. Cuba defense diri anda.
Q4. Cuba ceritakan mengenai pendidikan sains yang anda pelajari semasa zaman universiti.
Q5. Skop kerja sebagai pegawai amat berat untuk graduan baru kerana tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan teori semasa anda belajar tidak mampu membantu anda dalam alam pekerjaan.
Q6. Kami berpendapat anda tidak boleh layak memegang jawatan gred U29 kerana anda seorang individu berkelulusan ijazah sarjana muda. Jelaskan.
Q7. Apa yang boleh anda kongsikan mengenai kami atau daerah kami?
Q8. Panel bagi soalan nak uji cara kita berfikir dengan pantas dan bijak. Situasi, jika orang kenamaan datang secara mengejut dan anda perlu membuat persiapan dalam masa 24jam tanpa ada bantuan dari staf lain. Kemudian persiapan anda tergendala disebabkan staf anda bercuti. Apa yang perlu anda laksanakan untuk memastikan program berjalan dengan lancar.
Q9. Cuba nyatakan mengenai skop pekerjaan PKPP yang anda mohon ini.
Q10. Jika saya beri satu situasi, anda seorang yang pekerja baru yang perlu menyiapkan tugasan dalam masa satu hari tanpa ada sebarang bantuan dari kami dan inginkan tugasan yang sempurna tanpa sebarang masalah yg timbul. Kami tidak akan membantu anda dan menunggu keputusan.Bagaimana anda selesaikan tugasan tersebut dgn baik sebab kami tidak mahu dgr alasan kamu pekerja baru dan perlukan masa untuk sesuaikan diri di pejabat.
Settle soalan-soalan dari 3 panel majlis daerah dalam masa 30+- min.
Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk anda semua.
Terima kasih !
Ulasan
Catat Ulasan