DILEMMA STUDY EDUCATION IN UPSI OR UITM

Assalamualaikum dan hai warga blog !

Alhamdulillah geng keputusan untuk pengajian di UPSI dan UITM sudah keluar. What a good day ! Aku lulus kedua-dua temuduga, amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Aku sebenarnya tak jangka dengan keputusan untuk UPSI kerana aku jangka sukar untuk lulus disebabkan ramai yang mohon tetapi rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun aku lulus untuk pilihan kedua, mungkin saja rezeki aku disitu.


Keputusan Permohonan ke UITM





Keputusan Permohonan ke UPSI 


Saat keputusan keluar aku kena buat keputusan yang bijak untuk memilih untuk belajar di Uitm atau UPSI. Dari segi rasa dan keinginan aku nak sangat belajar kt Uitm sebabnya nak rasa suasana pembelajaran yang baru dan jumpa kawan-kawan yang baru tetapi bila aku pikir balik aku ni jenis sukar untuk biasakan diri dengan suasana yang baru dan paling teruk nak cari kawan baru. 

Jadi dalam benak pemikiran aku cuma UPSI, walaupun kawan-kawan aku ramai tak sambung UPSI tetapi dari segi keselesaan belajar aku dah ada disana. Lagi menguatkan pemilihan aku untuk memilih UPSI adalah kerana dapat melaksanakan pemotongan jam kredit.

Kebiasaanya pelajar diploma akan dapat pemotongan jam kredit untuk sesetengah kursus pengajian dan boleh pendekkan waktu pengajian jika layak. Jadi dari penerangan aku pon korang boleh agak aku pilih universiti yang mana kan ? ....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMUDUGA UPSI & UITM INTAKE FEB 2015/2016

LAWATAN ILMIAH KE KILANG COKLAT GRANDEUR