TEMUDUGA UPSI & UITM INTAKE FEB 2015/2016
Assalamualaikum dan hai warga blog. Hari ini aku nak kongsi mengenai temuduga yang aku lalui di UITM dan UPSI.
Latest updated 2016! Memang tak byk perubahan dari segi soalan yg ditanya dari blog yang pernah aku baca dulu sebelum pergi iv. Ini beberapa tips yang aku ada sebagai persediaan iv supaya dapat hilangkan rasa gemuruh dan takut tu.
Pertama sekali korang yang dapat interview ni patut bersyukur, sebab ramai member aku tak dapat walaupun pointer 3.00 ke atas. Aku sebagai lepasan diploma jadi mungkin sedikit berbeza dengan ambilan asasi atau matrikulasi kalau dilihat dari proses tapisan untuk calon temuduga. Jadi apa yang patut kena ada sebelum temuduga ?
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah file, setiap calon perlu menyusun setiap lampiran yang diminta dengan betul dan cuba buat semua salinan sijil-sijil yang ada kerana ikut pengalaman aku, walaupun aku dah susun mengikut apa yang diberikan dalam laman web , masih juga ada sijil yang diminta secara mendadak. Contoh aku kena waktu tu, aku tak print sijil berhenti sekolah sebab tidak dinyatakan, waktu tu rasa takut juga lah tapi atas budi bicara panel aku dibolehkan untuk ditemuduga.
Semasa temuduga berlangsung, aku amat bersyukur sebab ramai kenalan yang aku kenal semasa zaman universiti dapat interview sekali. jadi xdelah takut atau cuak. Jika lah waktu korang temuduga tidak kenal semua orang. korang patut bijak untuk bersembang dengan orang disana kerana dengan cara itu, kita boleh buatkan diri kita rasa selesa dan interaksi antara calon boleh berikan semangat untuk kita.
Ketika temuduga berlangsung, aku diminta oleh panel untuk masuk secara berkumpulan. Ye geng, temuduga secara berkumpulan. Kebiasaannya, temuduga macamni beri kebaikan dan keburukan untuk para calon. Kebaikan kat sini kita boleh dapat point dari calon lain untuk dibahaskan dan setiap soalan yang dituju tidak tertumpu kepada kita sahaja. Akan tetapi keburukan yang kita dapat apabila calon lain menguasai topik sehingga kita tidak dapat bercakap dan beri point yang baik. Mungkin boleh terjadi calon kesukaan para panel jika menyerlah dalam sesi temuduga berlangsung.
Ada lagi geng, aku waktu tu terkejut sangat kerana setiap sesi perbincangan kami perlu menggunakan bahasa antarabangsa. English ye ! waktu tu aku tak bersedia langsung dengan point dalam bahasa inggeris, panel siap bagitahu yang kamu tak perlu takut cukup lah dengan yakin pada diri sendiri. panel juga bagitahu kalau buat perbincangan dalam bahasa melayu hujah kamu semua hebat-hebat. Waktu tu aku tergagap jugaklah, jenuh nak explain tapi aku cakap je apa yang terlintas asalkan point tetap ada.
Ini antara soalan-soalan yang dibahas dalam sesi temuduga.
i) Make a short story about yourself (2-3minit)
ii) What's your future planning for your life ? Elobrate (10minit)
iii) You as a math teacher, what's a bigger problem when student learn math in school ? (10minit)
iv) Common question bout Malaysian like Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan. (3 minit)
Setiap soalan ditanya secara berkumpulan, jadi setiap calon perlu ada isi sendiri dan boleh berbahas antara satu sama lain. Waktu tu aku beruntung sebab setiap calon support isi masing-masing dan tidak bercanggah pendapat. Masing-masing tak over shadow calon lain. Panel pon rilek tak beri tekanan kepada calon.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, PERAK (UPSI)
Pengalaman aku kat UPSI tak banyak sangat sebab aku lepasa diploma kat sana, jadi memang dah terbiasa disana. Sebelum lupa, ujian medsi perlu dibuat sebelum dapat tawaran temuduga. Ujian medsi bagi aku senang kalau dalam diri bercirikan seorang guru. Soalannya asas bagi seorang guru dan bertindak sebagai seorang guru. Jadi nak jadi cikgu kita perlu ada sifat pendidik dalam diri tu. Temuduga di UPSI dibuat secara individu dan masing-masing ambil masa dalam 20-30 minit setiap orang.
Semasa sesi temuduga berlangsung. aku sebenarnya terkejut kerana panel aku waktu tu dari fakulti sains sukan dan wakil panel bahasa. Macamana aku tahu ? jeng jeng jeng. Itu lah gunanya bertegur sesama calon selepas sesi temuduga mereka tamat. Aku takda lah tahu betul-betul tetapi berdasarkan soalan yang diajukan kebanyakan berbaur sukan dan aktiviti luar kuliah.
Selepas aku beri salam masuk ke bilik temuduga, soalan pertama sebelum aku duduk dan serahkan dokumen, seorang panel dah tegur aku,
"Okay, faizal (sambil senyum). Awak asal dari mana ni?"- Tak duduk lagi waktu tu, aku dah dapat soalan. Lega waktu tu bila aku rasa selesa nak ditemuduga dan aku rasa panel waktu tu seorang yang peramah. Kemudian kami cuma borak-borak mcm biasa sahaja. Soalan yang diajukan tidak begitu susah kerana kebanyakan soalan perbincangan.
i) Azam tahun baru awak apa?
2) Apa yang awak jadi jika awak bukan seorang guru sekiranya tamat pengajan kelak?
3) Apa masalah yang boleh awal bicangkan dalam bidang pendidikan
4) Menurut awak, sejauh mana potensi bidang matematik ini? (mungkin soalan ni ikut apa yang korang mohon)
Itu je yang aku ingat dan panel bahasa mengajukan satu soalan dalam bahasa Inggeris.
You're diploma stud in UPSI right ? So what do you think bout culture in UPSI? Good or not. Aku kemudian hentam je mengenai cara pembelajaran, suasana belajar berbeza dan cerita mengenai sejarah UPSI.
Selesai soalan temuduga, aku diajukan dengan soalan-soalan sukan oleh panel fakulti sukan. Kebanyakan tanya mengenai aktiviti apa yang dilaksanakan waktu petang, sukan apa yang minat. Alhamdulillah geng, waktu aku ditemuduga tiada sesi mengajar. Apa yang aku tahu dalam bilik temuduga yang lain ada sesi mengajar dan waktu tu aku tak kena. hehe
Sekian saja sedikit perkongsian mengenai temuduga aku di kedua-dua universiti dalam bidang pendidikan. Terima kasih kerana sudi membaca !!
Rakan seperjuangan semasa temuduga di UPSI |
Temuduga di UITM (Jejaka dah pupus geng) |
Ulasan
Catat Ulasan