LATIHAN MENGAJAR 2019



Hai semua, hampir 2 tahun aku tak sempat update blog ni sebab degree life lain macam rasa dia. At first aku rasa nak up pasal latihan mengajar aku di sebuah sekolah daerah kerian, SMK Seri Perak, Parit Buntar.

Aku mula praktikal pada 25 Januari 2019, awal-awal datang sekolah tu mcm biasa perasan gugup dan blur tu xboleh buat bincang. Ak tak jangka dapat survive time praktikal ni sebab aku fikir zaman LM ni xbest based on senior lah, tapi what a good life.. Zaman LM ni satu nikmat hidup yang aku xboleh dapat kat mana-mana doe.



Selepas sesi suai kenal dengan pentadbir sekolah, aku dimaklumkan mengajar untuk sesi petang, hahaha . aku mula-mula tak redho sebab aku ingat nak plan jalan-jalan time ptg dan nak sekali ngn cikgu praktikal UPSI yang lain sesi pagi, Tapi syukur ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Aku juga dimaklumkan ada seorang rakan daripada universiti lain akan praktikal sekali, time tu aku fikir sape doe sekali ngn aku. Harap sekepala lah time tu. Boom! tak sia-sia aku duk sesi petang sebab dapat kenal acap . Sumpah doe kami sekepala, rapat macam kenal dari zaman universiti. aku ni jarang mudah rapat ngn orang, maybe acap ada hobi yang sama dan cara sembang pon mudah tu yang boleh rapat sampai sekarang.

Geng membawang sesi petang
Guru sesi petang SMK Seri Perak 2019

Aktiviti Sukan

Majlis Aspreasiasi  SMKSP 2019
Banyak kenangan dan pengalamn aku dapat dari sekolah ni, dapat kenal perangai manusia, dapat mengajar orang yang aku rasa sebaya dengan anak buah aku ja. Serious awal-awal dulu aku masuk kelas aku memang garang, jenis tak suka bising dalam kelas bila aku mengajar pon sama. Tapi lama-lama aku rasa suasana kelas tak wujud dan kawalan kelas bukan semata-mata pelajar perlu diam dan tumpukan perhatian kepada guru tapi bertindak secara aktif dan berkomunikasi dengan aku. Jadi bila aku sedar benda tu, aku tukar plan mengajar aku dengan jadi cikgu yang ceria dan senang berkongsi tapi kadang tu marah lah jugak bila budak-budak buat perangai. Haha


Antara kelas-kelas yang mengajar, kelas major Sains 2 kelas dan minor matematik 1 kelas. Waktu mengajar pihak sekolah bagi kat aku 18 jam. Awal rasa tertekan sebab nak fokus setiap kelas susah tapi lama-lama dah jadi rutin dan biasa.



2 Akademik 4

Geng kaki penyu


2 Akademik 1

2 Akademik 3

2 Akademik 3



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMUDUGA UPSI & UITM INTAKE FEB 2015/2016

LAWATAN ILMIAH KE KILANG COKLAT GRANDEUR

DILEMMA STUDY EDUCATION IN UPSI OR UITM