Journey 2019

NAK KURUS KENA USAHA




Guys, aku sebenarnya lama dah nak mengarang pasal diet yang aku buat awal tahun 2019 dulu. Aku ni berisi sejak zaman sekolah lagi dan berjaya turunkan berat badan tahun 2013 sebab sakit dan naik mendadak lepas tu sebab tak jaga makan. Macam biasa azam setiap tahun dan 2019 one of the best years sebab berjaya kurangkan angka yang aku nak dalam weight aku. Haha! At first nak start berdiet ni aku ada baca-baca tips kat socmed dan sampai aku rasa tak tahu nak ikot plan yang mana satu.

Dalam ni aku nak cerita aku punya plan lah , cara nak turunkan berat badan tapi ingat bukan hilangkan lemak ye, sebab lemak takkan hilang dlm badan kau. TAK AKAN PERNAH ! Sekali kau silap dengan makan makanan high kalori dan berminyak datanglah lemak-lemak bertempel di perut mcm bigmax. Hahah

Journey aku bermula dengan aku mengira kalori intake ja sebenarnya, berapa ribu sehari aku boleh makan dan kena cut sugar dan salt awal-awal sebab nak jimat kalori.

Aku start mula-mula nak makan makanan sihat awal praktikal dulu bulan 1 tahun 2019. Sebulan pertama aku sediakan satu jadual makanan yang akan aku makan setiap minggu.

2012- Form 5

Jun 2013- Awal diploma


Jan 2014- Selepas operation sakit tak boleh makan


Tahun 2015-2018: Berat naik balik sampai cecah 80kg

-Rutin Makan Setiap Minggu-

BREAKFAST
-roti wholemeal
-telur rebus
-black paper

LUNCH (lauk boleh tukar setiap hari)
-nasi (wajib) suku pinggan *thanks god, aku bukan jenis pengemar nasi so half dah kenyang.
-sayur (wajib) *timun, *salad 
-ayam rebus
-ikan singgang
-ayam panggang
-sup ayam
(NO SUGAR NO SALT)

Lauk yang guna minyak dan garam selepas tiga minggu proses diet 

-ikan sambal *tumis  dengan minyak satu sudu
-ayam kunyit *
-ayam blackpaper *
-ayam paprik
-sayur kubis goreng kunyit
-sayur sawi tumis air
-sayur lobak

HI-TEA
-buah epal
-roti wholemeal + pisang campur telur *homemade
-pisang

DINNER 
-time ni aku keluar ngn housemate so aku akan order sup ayam/daging ngn nasi separuh setiap hari. hahah dan tak bosan sebab aku suka sup.

SUPPER
-air susu rendah lemak
-air buah rendah lemak
-kekacang

Itu antara makanan yang aku ambil masa awal sebulan pertama diet dulu, takdelah bosan sebab aku jenis suka makan benda-benda tawar dari dulu. Antara pantang yang aku jaga untuk bagi plan diet aku berjaya, aku lupakan habit buruk aku:

1.Jangan baring lepas makan selepas 3 jam kau nak baring sampai esok pon takpa dah
2.Air manis masa makan 
3. Air masak *cliche tips, bagi aku kau minum time kau haus ja xyah kira sangat

Cheat day yang aku buat seminggu sekali ya! orang cakap jangan selalu cheat day, tapi bagi aku tu satu penyiksaan kot. So aku akan buat 1 hari seminggu dan ia memuaskan hidup aku . Yelah hidup sekali takkan nak makan benda tawar je. Time tu kau nak makan sampai tak ingat dunia pon takpa.

Lagi satu nak cakap pasal exercise, aku tak fokus sangat dan paling kurang aku buat aktiviti yang boleh keluarkan penuh je. Macam mengemas, slow walk, sit-up 10x, skipping 100x. tu jelah setakat ni.

Enjoy !


Sept 2018- overweight 82.1kg

Jan 2019- first day latihan mengajar dan journey nak diet on!

May 2019- End of practical !


END OF THIS YEAR 2019!


NEVER GIVE UP AND ALWAYS REMEMBER YOU CAN CHANGE !



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMUDUGA UPSI & UITM INTAKE FEB 2015/2016

LAWATAN ILMIAH KE KILANG COKLAT GRANDEUR

DILEMMA STUDY EDUCATION IN UPSI OR UITM