TRAGEDI SEPTEMBER
Allahu.. Setahun telah berlalu, rasanya seperti semalam baru ketemu,bersua muka, berbalas senyuman,mendengar suara memanggil. Sadarlah wahai hati, sudah hampir 365 hari aku kehilangan insan yang paling aku sayang. Apakah masih mengelamun wahai jiwa?. allah sebaik-baik perancang. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan di masa hadapan. Aku masih ingat terkejar-kejar masa untuk mengunjung arwah di hospital sambil mengulang kaji untuk peperiksaan akhir semester 4. Sungguh tercabar jasad dan nyawaku untuk menempuhinya. Allah mendugaku lagi apabila dua hari sebelum final, aku mendapat khabar yang arwah sudah pergi meninggalkan dalam sementara ini dan arwah pergi pada hari yang penuh keberkatan. Allahu, kaku tubuhku selepas mendengar khabar tersebut yang hampir mematahkan semangatku untuk terus bernafas. Apakah masih banyak dugaan yang perlu ditempuhi? Inshaallah aku bersedia.
Al-fatihah,26/Sept/2015
Ulasan
Catat Ulasan