Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP GRED DG41) MELALUI ATAS TALIAN CISCO WEBEX

Imej
  Assalamualaikum dan hai warga blog ! Hari ini aku nak berkongsi serba sedikit mengenai temuduga yang aku lalui pada 24 Februari 2021 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP Gred 41) atau dengan bahasa mudah sebagai seorang guru. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana telah lulus dengan jayanya dan dilantik menjadi warga pendidik pada tahun ini.  Temuduga pada tahun ini amat berbeza sekali dengan ambilan pada tahun sebelumnya kerana dilakukan dalam aplikasi secara atas talian iaitu menggunakan Cisco Webex disebabkan kekangan wabak covid 19 yang melular di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, temuduga ini dilakukan sepenuhnya oleh Suruhjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk melantik graduan pendidikan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda tersenarai sebagai calon temuduga tersebut? SEBELUM SESI TEMUDUGA BERLANGSUNG: Aplikasi Cisco Webex  Ingin aku jelaskan mengenai aplikasi Cisco Webex. Aplikasi ini akan digunakan dalam s...

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (GRED U29)

Imej
Assalamualaikum dan Hai warga blog !  Syukur Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk menulis dalam blog ini setelah pelbagai liku-liku kehidupan dihadapi dalam era pandemik covid 19. Pertama sekali aku amat bersyukur kerana telah tamat pengajian untuk ijazah sarjana muda aku di UPSI pada awal tahun 2020. Disini aku ingin berkongsi beberapa pengalaman aku dalam mencari sumber rezeki yang halal serta bersedia untuk berperang dalam dunia pekerjaan. Ketika Disember 2020 aku telah menghantar permohonan untuk lantikan secara kontrak di bawah majlis daerah di negeri kelantan iaitu Majlis Daerah Dabong sebagai PPKP (U29) atau dahulunya dipanggil Penolong Inspektor Kesihatan.  Aku amat bersyukur diberi peluang untuk ditemuduga waktu itu disebabkan ini merupakan pengalaman pertama aku temuduga setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Aku juga ingin memberitahu yang aku mohon kerja ini menggunakan skrol diploma aku iaitu Diploma Sains di UPSI. Mesti ada yang tertan...