Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

TEMUDUGA UPSI & UITM INTAKE FEB 2015/2016

Imej
Assalamualaikum dan hai warga blog. Hari ini aku nak kongsi mengenai temuduga yang aku lalui di  UITM dan UPSI.  Latest updated 2016! Memang tak byk perubahan dari segi soalan yg ditanya dari blog yang pernah aku baca dulu sebelum pergi iv. Ini beberapa tips yang aku ada sebagai persediaan iv supaya dapat hilangkan rasa gemuruh dan takut tu. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM SHAH ALAM SEKSYEN 17) Pertama sekali korang yang dapat interview ni patut bersyukur, sebab ramai member aku tak dapat walaupun pointer 3.00 ke atas. Aku sebagai lepasan diploma jadi mungkin sedikit berbeza dengan ambilan asasi atau matrikulasi kalau dilihat dari proses tapisan untuk calon temuduga. Jadi apa yang patut kena ada sebelum temuduga ? Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah file, setiap calon perlu menyusun setiap lampiran yang diminta dengan betul dan cuba buat semua salinan sijil-sijil yang ada kerana ikut pengalaman aku, walaupun aku dah susun mengikut  apa yang diber...