Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

HELLO DECEMBER! -cinta terbaik-

Imej
Percayakah anda 'kapel' membawa anda ke jinjang pelamin? Perlukah anda membuat spekulasi lelaki yang baik untuk wanita yang baik? Tidakkah pasangan saling melengkapi dan menerima kekurangan pasangan? Macamana hubungan 'kapel' dapat diteruskan andai anda sering berselisih paham setiap masa dan ruang? Tidakkah anda bosan apabila pasangan hidup anda suka mengongkong? Jodoh bukan jua antara kau dan aku tapi DIA yang melaksakan

UPSR,PT3, SPM, DIPLOMA JERR PON!

UPSR,PT3, SPM,DIPLOMA JERR PON! -setiap kali budak-budak tunjuk result yang dapat 5A, 8A, 9A+ 4 flat then jadik viral ayat ni yang si pengkritik mendajal. EXCUSE me! aku paling tak suke bila orang merendah-rendahkan tahap pendidikan seseorang. Takleh ker mereka nak bahgia dengan apa yang diusahakan. Aku sendiri yang tak pernah dapat straight A dalam hidup pun still menunjuk result ak yang x seberapa tuu. hahaha..Well, tu hasil usaha kite so memang patut bangga.. Sesetengah orang asyik sibuk cakap UPSR permulaan jerr, PT3 tak menjamin masa depan , SPM cuma permulaan. YES! semua tu betul tapi korang tak rasa ke? mereka yang dapat result gempaktu jadi give up bila korang duk asyik cakap ''JEERR PONGG'' ... Asshh!!! mau tak rasa nak lempang jeee ngn selipar jepung! aku cakap ni berdasarkan pengalaman laaa, ramai yang duk mengadu malas belajar sebab nanti degree baru nak belaajr sungguh-sungguh. ALAHAI! Macamlah kerja kt dunia ni pkai students yg ada degree jee kan .Aigoo~...

#RoadToConvoUPSI

Imej
Alhamdullillah! -Setelah 2 tahun LEBIH bertapa di UPSI, berjaya jugak habiskan diploma.. huhu!! Macam-macam pengalaman baik buruk dapat.Tak terkire dek tangan bila difikirkan, soal MQA la dulu,shortsem la, konvo ditangguhkanlah, mortalboard la,apa-apa pun kite just anggap tu dugaan bukan satu bebanan..ingat lepas ni nak sambung degree n xtau laa dapat sambung kat mana. Niat lam hati nak jer sambung kt UPSI tuu. Tapi tu pon kalau ada rezki..hmmm actually x sabar nak sambung bljr , otak dah lama membeku .hahaha. NAH! Kite belanja gambo convo, jgn jeles! haha :p

KEKASIH TERAGUNG DUNIA

Usia kian meningkat Hidup makin rapuh Masihkah aku punya kesempatan? Masih wujudkah insan sempurna? Tiada kepahitan untuk ditelan. Tipu kalau kata aku tidak rindu. Insan yang melahirkan dan membesarkanku Apakah aku telah hilang keberkatan hidup? Ya, Aku hilang insan yang paling bermakna. Namun, Hati aku tak pernah sekali melupakan w alaupun fikiran cuba menghilangkan  agar  aku waras dalam kehidupan di dunia. Engkaulah kekasih teragung di duniaku  yang telah pergi buat selamanya. Setiap perkara yang berlaku di dalam hidup membawa satu erti kepastian untuk aku cuba belajar agar tahu apa itu perubahan.  Benak-benak fikiranku merasakan apakah nasib aku selepas ini.

TRAGEDI SEPTEMBER

Allahu.. Setahun telah berlalu, rasanya seperti semalam baru ketemu,bersua muka, berbalas senyuman,mendengar suara memanggil. Sadarlah wahai hati, sudah hampir 365 hari aku kehilangan insan yang paling aku sayang. Apakah masih mengelamun wahai jiwa?. allah sebaik-baik perancang. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan di masa hadapan. Aku masih ingat terkejar-kejar masa untuk mengunjung arwah di hospital sambil mengulang kaji untuk peperiksaan akhir semester 4. Sungguh tercabar jasad dan nyawaku untuk menempuhinya. Allah mendugaku lagi apabila dua hari sebelum final, aku mendapat khabar yang arwah sudah pergi meninggalkan dalam sementara ini dan arwah pergi pada hari yang penuh keberkatan. Allahu, kaku tubuhku selepas mendengar khabar tersebut yang hampir mematahkan semangatku untuk terus bernafas. Apakah masih banyak dugaan yang perlu ditempuhi? Inshaallah aku bersedia. Al-fatihah,26/Sept/2015

M E R D E K A 2 0 1 5

Imej
Sempena dengan 31 Ogos 2015 iaitu tarikh keramat untuk warga malaysia menyambut hari kemerdekaannya. Pada tahun ini Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-58. Adududu! formal gile typing aku kali ni .hahaha! Yelakan, dah namanya nak bercakap sal kemerdekaan mestilah kena guna ayat-ayat yang skema . Kalau time sekolah dulu memang disambutlah perayaan ni and yang best jugak sambut sekali ngn hari raya Aidilfitri. Erti kemerdekaan bagi aku sama ja ngn orang lain dan aku rasa bagi mereka kita belum cukup merdeka lagi. Tengoklah anak bangsa sekarang suka mencuba benda-benda baru. Yang latest malaysia di selubungi dengan asap-asap vapeon  entah apa menda namanya, rata-rata remaja yang terlibat. aku yang trauma dengan bau asap dia sampai akak aku goreng cempedak pon ingat bau vape.  Aigooo~ Tetiba hilang citer kemerdekaan.. hahaahaha Oklah yang penting tagline tahun ini #SehatiSejiwa #Malaysia2015 #IniMalaysiaKita

As a Student Praktikal

Imej
Alhamdullillah sekarang dah bergelar alumni dip sains UPSI 2013/2014 der.. hahaha ! Sekarang nie kene cari keje tak pun membina lemak di rumah. Time praktikal dulu, Fuh alamak! punye banyak rintangan nya . nak cari tempat tu satu hal and dah jumpa tempat pulak ada masalah ngn pengurusan latihan industri pulak ... Meh sini nak bagi tip-tip nak cari tempat praktikal supaya tak jadi pekerja kontraktor macam aku. *just kidding! First, Betul-betul selidik tempat industri tu jangan duk ikot kawan sangat. Then, Ko kene carik tempat yang dekat ngn pamili supaya boleh berjimat. Korang jangan berangan sangat cari tempat yang ada elaun memang susah nak dapat and kalau dapat dapat pun jadik macam aku .hahaahahaha! Keje belambak kene buad n satu pun tak der kaitan ngan kos ak ambik.. Nah, AMBIK KO! nak sangat carik tempat ada elaun. Kbye! secebis kenangan diraih time praktikal

__D I P L O M A__S A I N S __U P S I

Imej
Dulu time sekolah memang x pernah tahu ada universiti ni. Tapi lepas je SPM , isi UPU , jumpa kaunselor semua  and then b aru la  aku tahu UPSI yang mengeluarkan bakal guru. Hmmm ! hati mula seronok la , sebab memang cita-cita aku nak jadi cikgu . Actually dulu ak xtau macamna mau bezakan diploma n degree ? just lam kepala otak, Diploma 2 atau 3  tahun and kalau nak masuk degree kene sambung matriks , Asasi atau Stpm. Nak dijadikan cerita , Allah mendengar doaku , Dapatlah sambung belajar kat UPSI. First day , memang seronok jugk , orang kata belajar kat universiti memang berbeza ngn sekolah. Orang jugak kata kat u ni la , masing-masing cari jodoh . Hahaaha! Noob.

JODOH ATAU TAKDIR

Imej
Meh nop citer cikit bak ang pasal jodoh ni , walaupun aku sendiri pon belom kawin , hahaaha . Tapi mengikut pengamalan orang lain dan mata yang memandang . Perkahwinan yang selalu sukses adalah bermula dengan sifat saling memberi bukan pasai jodoh . betuii kan?  haha.. entahlah . aku rasa dua2 tu perlu . Dulu layan citer AYAT-AYAT CINTA , tengok betapa sweetnye.Alahai untungnya, kalau bertemu jodoh yang mampu mengubah nasib kita tak pon kita yang mengubah nasib pasangan kita. Bagi individu yang keliru adakah berjodoh dengan orang yang kurang pendidikan , miskin itu salah , Anda sebenarnya SALAH !! Pasal apa , rezeki kita ALLAH dah tentukan,apa kata anda dan psgn masing-masing membina mahligai cinta bersama-sama , tak kah sweet tu? haha Ada gak para jejaka di luar sana mencari 'tulang rusuk kiri' yang sopan-sopan , berpurdah , tudung labuh tu semua. tak de yang salah sebenarnya, cuma kat sini pantaskah kita untuk membimbing mereka? .. Meh nak share sikit dari aktikel dari meran...

Perbezaan SUKA, SAYANG DAN CINTA

Imej
Setiap manusia ada pendapat masing-masing mengenai mende ni. Bagi aku mende ni satu subjektif sebab  setiap dari kita merasai sendiri ,kan? .Pernah sekali aku tanya kat member pompuan ,apa itu CINTA?  macam-macam jawapan dia bagi. Yang aku tak paham kenapa aku sendiri tak reti beza perasaan tu semua.. Adehss~  Apa yang penting fikir di luar kotak !! Chiilleee

Potret By AKIM AND THE MAGISTRET

Imej
Potret By AKIM AND THE MAGISTRET Terangi malamku dengan syiar indahmu Menenun kasih dalam sepi yang terasing Saat kau pergi lemasku bila tiadamu Jauh terbawa lukisan hatimu Hilang mencari di mana kau pergi Tinggal aku menahan luka ini Sampai harusku pergi Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa Hanya mampu melihat kamu yang terbiar Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya Berjalan tenang menghampiri persisiran Melakar namamu di sisi pasir pantai Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu Jauh terbawa lukisan hatimu Hilang mencari di mana kau pergi Tinggal aku menahan luka ini Sampai harusku pergi Jauh terbawa lukisan hatimu Warna pelangi hiasan terindah Hati ini tak akan terbahagi Sampai harusku pergi Menuju aku kepadamu jadi satu Meraih kasih kita

ThrowBack SPM 2012 (TEMA2)

Imej
Alang-alang result SPM 2015 dah nak kuar esok , meh nak throwback sikit zaman2 awal remaja dulu. haha . Xde apa yang prefect pong ,aku budak yang paling pendiam + sopan + tak banyak cakap . walau buat perangai macamtu still aku bahagia sebab member2 kat sekolah bestt ! X memilih kawan , xdela yang demand, bajet-bajet hot . Kalau pasal kawan baik pulak , aku jenis tak kesah . Berkawan je ngan sape-sape asal selesa . 5  SCIENCE SPM 2012 (SMK TENGKU MAHMUD 2)

Budak baru nak up

Actually x tau nak cakap apa sebab first time buat blog , eh? yeke ? dulu rasa dah buat tapi lupa password , HAHA .. kali ini cuba lagi .kalau korang nak intro aku senang jer, aku budak IPTA , ambik kos diploma sains dan sekarang dah masuk semester 5 .Tujuan buat blog sebab aku suka menaip acah2 buat essay time sekolah2 dulu.Banyak benda sebenarnya nak citer , chill ! ADA MASA LAGI..